Apabila Paiche Mengganas!

Oleh UMI AMMAR

HARI ini, hari pendaftaran masuk pelajar baharu. Semua pelajar berkumpul di dewan pendaftaran yang terletak di kolam utama. Keadaan kawasan pendaftaran amat terkawal, tenang dan sejuk. Hari pertama pendaftaran, lazimnya tentulah riuh rendah dan sesak dengan ibu bapa dan keluarga yang turut sibuk menghantar anaknya memasuki universiti. Ibu bapa mana tidak berbangga, anak yang dididiknya dari kecil, telah pun berjaya melanjutkan pengajiannya ke peringkat tinggi.

Sesiapa pun akan berbangga apabila berpeluang memasuki USA, iaitu Universiti Spesies Arowana yang di bawah naungan CITES, iaitu Convention on International Trade in Endangered Species of Fauna and Flora. Namun begitu, di USA ibu bapa tidak dibenarkan menghantar pelajar, kerana semua urusan penghantaran pelajar diuruskan oleh syarikat yang  berdaftar dengan CITES. Semua peraturan ini dilaksanakan demi menjaga keselamatan spesies Arowana yang sangat sensitif dan terkawal, kerana nilai prestij Arowana yang sangat tinggi dan mulia di mata seluruh masyarakat; dari masyarakat kampung hinggalah ke peringkat antarabangsa.

Pada bahagian bawah abdomen setiap pelajar  disuntik mikrocip penanda kekal bagi mengenali identiti setiap spesies pelajar. Pengurus pendaftaran hanya perlu menggunakan alat pengimbas membaca nombor pendaftaran, sebagai pengenalan individu pelajar, untuk mengetahui asal usul setiap pelajar, dan mengetahui tahap kelulusan  untuk melayakkan mereka melanjutkan pengajian di USA ini.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik April 2012.

Posted in: Cerpen

Satu Maklum Balas to “Apabila Paiche Mengganas!”

  • Kami mengalu-alukan sumbangan sdr berupa artikel sains dan teknologi untuk memeriahkan lagi persembahan Dewan Kosmik. Terima kasih.