Hubungi Kami

TENTANG DEWAN KOSMIK

Dewan Kosmik mula diterbitkan setiap bulan sejak Januari 1993 dengan tema “Majalah Sains dan Teknologi”. Majalah Dewan Kosmik yang berkonsepkan majalah sains dan teknologi dipersembahkan secara popular, mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang penemuan sains dengan kepentingan kehidupan dan kemanusiaan.

Sejak mula diterbitkan sehingga kini, majalah Dewan Kosmik telah mengalami pelbagai perubahan dari segi moto, pengisian editorial, dan reka bentuk demi menyesuaikan diri dengan tuntutan semasa. Sasaran pembaca majalah ini merangkumi pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, dan khalayak umum yang berminat mengetahui isu-isu semasa dalam dunia sains dan teknologi.

Ketua Editor
Azmi Ibrahim
azmi@dbp.gov.my

Editor Kanan

Armin Azhari Saleh

armin@dbp.gov.my

Editor

Mohd Syukri Anwar
syukri@dbp.gov.my

Penolong Editor
Siti Noorisa Abd Khlil
sitinoorisa@dbp.gov.my

Ketua Pengarah
Datuk Dr. Awang Sariyan

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Profesor Dr. Zaharani Ahmad

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Kamarul Zaman Shaharudin

Pengarah Penerbitan
Padilah Haji Ali


KIRIMAN MAKALAH
Apabila mengirim sebarang tulisan, sila catatkan nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (jika ada). Tanpa maklumat ini karya yang dikirim kepada kami tidak akan disiarkan. Sila alamatkan kepada: Editor Dewan Kosmik, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Nombor faks: 03-2147 9617. Nombor telefon: 03-2147 9266.

Sila nyatakan sama ada makalah yang dihantar kepada Dewan Kosmik juga dihantar kepada penerbit lain. Segala sumbangan yang diterima tidak akan dikembalikan.

9 Maklum Balas to “Hubungi Kami”

  • Syarikat saya menjual Dewan Kosmik, tetapi saya tidak dapat majalah Dewan Kosmik sejak November 2011 daripada dealer Seremban.

    Bolehkah pihak yang bertanggungjawab mengikuti hal ini?

    Terima kasih.

  • tuan.
    saya masih tercari artikal Majalah Kosmik yang memaparkan bahaya gula.. boleh tuan beritahu maljalah tersebut keluaran bila.nanti saya akan dapatkan di pesputakaan terdekat

    sekian
    terima kasih
    halim
    0195133330

  • Assalamualaikum wbt Tuan/Puan,

    Merujuk kepada perkara di atas.

    a) Apakah perbezaan di antara majalah dalam talian dengan majalah yang dijual di pasaran?

    b) Adakah terdapat majalah DBP contohnya Dewan Siswa, Dewan Pelajar atau Pelita Bahasa berbentuk digital seperti dalam format PDF atau boleh dibaca dari aplikasi iOS (di iPad atau iPhone)

    Sekian, terima kasih

    Shahar
    Sent from my iPad

  • assalamualaikum…

    Saya seperti nama di atas ingin menyumbangkan artikel berkaitan ekonomi.Saya harap agar pihak tuan dapat memberikan respons dari segi syarat artikel yang hendak disumbangkan dan butiran yang perlu dinyatakan sekiranya dibenarkan .
    Terima kasih

  • salam,
    saya nak tanya, kalau saya mahu menghantar artikel,macam mana prosesnya?

  • Salam. Tuan boleh e-melkan artikel kepada syukri@dbp.gov.my

  • Salam. Sila e-melkan pertanyaan kepada editor Dewan Ekonomi, junaidah@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut

  • Assalamualaikum.

    Boleh saya tahu syarat-syarat atau butiran artikel yang hendak disumbangkan ke Dewan Kosmik?

    Terima kasih

  • Apabila mengirimkan sebarang tulisan, sila catatkan nama sebenar (di samping nama pena, jika ada), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan akaun bank. Tanpa maklumat ini, tulisan yang dikirim kepada kami tidak akan disiarkan. Sila nyatakan sama ada makalah yang dihantar kepada Dewan Kosmik juga dihantar kepada penerbit lain. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Editor Dewan Kosmik di syukri@dbp.gov.my. No. Telefon: 03-2147 9266.

Hantar Maklum Balas Anda